snow

Thursday, 22 December 2016

PENGENALAN

Dewasa kini penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) begitu meluas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Penggunaan ICT dapat meningkatkan prestasi dan kecekapan operasi, menjadikan sumber maklumat diuruskan dengan lebih sistematik dan pantas serta merupkan alat yang strategik untuk mencapai sesuatu objektif .Ia merupkan automasi untuk pembangunan dan kemajuan sesebuah organisasi dalam menggarap rangkaian dan perhubungan yang lebih meluas.ICT merupakan satu agenda utama dalam pembangunan dan kemajuan masa kini.
Penggunaan ICT secara optimum memberi kesan kepada perubahan atau transformasi sesebuah organisasi, malah akan mempengaruhi halatuju pembangunan serta peningkatan keberkesanan organisasi. Perkembangan ICT membolehkan maklumat diperolehi dalam masa yang singkat dan dalam jumlah yang banyak. Melalui capaian maklumat menerusi internet, maklumat boleh diperolehi dengan mudah dan cepat serta tanpa sempadan. Di akhir abad ke-20 dan di awal abad ke-21, globalisasi berlaku dalam hampir semua bidang seperti perdagangan, perlancongan, perindustrian dan pendidikan.
 Perkembangan ICT merupakan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya globalisasi. Pengurusan yang diamalkan dalam sesebuah organisasi turut mengalami perubahan. Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan taraf ekonomi hasil daripada aplikasi peralatan moden yang menggunakan teknologi yang semakin canggih dari semasa ke semasa. Pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan. 
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon mudah alih, fax, telegram, dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. ICT juga merupakan satu agenda utama dalam pembangunan dan kemajuan masa kini. Penggunaan ICT secara optimum memberi kesan kepada perubahan atau tranformasi sesebuah organisasi, malah akan mempengaruhi halatuju pembangunan serta peningkatan keberkesanan organisasi. 
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

KEBAIKAN TERHADAP DIRI

Teknologi maklumat atau lebih dikenali ICT, mempunyai banyak kebaikan dan ini adalah kebaikan terhadap diri. Di mana, teknologi telah berjaya memudahkan pelbagai kerja seharian kita. Kemajuan teknologi juga telah memudahkan kerja di pejabat, seperti adanya mesin fotostat yang telah memudahkan pekerja untuk membuat salinan sesuatu dokumen. Disamping itu penggunaan aplikasi seperti Microsoft Word, Excell dan lain–lain telah memudahkan pekerja di pejabat untuk membuat laporan, menaip surat-menyurat dan sebagainya. Selain itu, perkembangan teknologi juga telah dapat menjimatkan masa dan perkembangan pesat teknologi seperti pengangkutan telah menjimatkan masa perjalananan dari satu destinasi ke destinasi yang lain seperti penggunaan LRT dan komuter menjadi pilihan warga kota untuk pergi dan balik dari kerja .
Teknologi juga telah banyak membantu para petani dalam mempercepatkan proses pembajakan tanah. Penggunaan alat pembajak seperti traktor telah banyak menjimatkan masa para petani. Disamping itu, kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat mudah, hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype, Yahoo Messenger, Email dan sebagainya.
Penyaluran maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke seluruh dunia. Jika dahulu, surat khabar, telefon dan televisyen merupakan antara media massa yang paling penting dalam menyalurkan maklumat. Kini dengan perkembagan teknologi dalam komunikasi telah mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas. Kemudahan komukasi ini banyak membantu kita untuk berhubungan dengan masyarakat di seluruh pelusuk dunia di samping memudahkan kaum keluarga untuk berhubung sesama mereka.

KEBAIKAN TERHADAP NEGARA

ICT juga menjadi penyumbang penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Kes jenayah yang semakin berleluasa di negara Malaysia dapat diatasi dengan bantuan ICT. Televisyen litar tertutup (CCTV) banyak digunakan dan ditempatkan di kawasan-kawasan seperti bank, kasino, lapangan terbang, pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya. CCTV ini digunakan untuk mengawas keselamatan sesuatu tempat yang tertentu sahaja. Di samping itu, kegiatan jenayah yang berlaku dapat dikesan dan seterusnya memberkas penjenayah yang terbabit.
Bertitik tolak dari itu, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Langkah kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudah tiba masanya untuk negara Malaysia berjaya di peringkat kebangsaan mahupun serantau. MSC memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan ICT di Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira pihak kerajaan ataupun pihak swasta, perlulah berganding bahu bersama-sama rakyat bagai aur dengan tebing, sehati seia untuk melonjakkan nama negara Malaysia ke pentas dunia.

KEBAIKAN TERHADAP MASYARAKAT

Terdapat beberapa kebaikan terhadap masyarakat dalam penggunaan teknologi ICT.Antaranya, boleh berhubung antara satu sama lain di seluruh pelosok dunia. Selain itu, dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain dan ia menjimatkan masa. Seterusnya, ia membantu masyarakat dalam mendapatkan maklumat dengan lengkap dan cepat. Disebabkan penggunaan teknologi yang semakin meluas, masyarakat lebih terdedah kepada dunia luar dan mengambil tahu keadaan sekeliling. Pengetahuan tentang ekonomi membantu para peramal untuk meramal dan mudah bagi mereka mengkaji segalanya.

KEBURUKAN TERHADAP DIRI

Terdapat beberapa kesan negatif perkembangan teknologi maklumat (ICT). Antaranya, banyak menbuang masa. Keseronokan melayari laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan bermain permainan maya secara atas talian menyebabkan seseorang menghabiskan banyak waktu. Kesan yang paling ketara adalah terhadap pelajar yang menghabiskan waktu mereka melayari internet sehingga mengabaikan kerja sekolah dan waktu belajar. Produktiviti seseorang pekerja juga akan merosot jika terlalu leka melayari internet.
Di samping itu, ICT juga mendatangkan kesan negatif dalam berlakunya jenayah siber. Semakin maju teknologi maklumat (ICT) semakin meningkat jenayah siber yang berlaku. Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti penipuan secara atas talian, berlaku traksaksi palsu, buli siber, dan sebagainya. Kelicikan penjenayah siber ini adakalanya mampu menggodam sistem pertahanan negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan sesebuah negara kepada ancaman anasir luar. Penipuan jual beli dalam talian juga membawa kerugian yang besar kepada pembeli atau penjual.

KEBURUKAN TERHADAP NEGARA

Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat dapat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet.Teknologi maklumat juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang mendahagai pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ingin mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat bagai belut diketil ekor dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan keadaan lagi. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam kalangan remaja dan belia. Sesungguhnya, teknologi maklumat sememangnya menyebarkan unsur-unsur lucah dan meningkatkan kebejatan akhlak remaja kita.

KEBURUKAN TERHADAP MASYARAKAT

Terdapat beberapa kesan negatif terhadap penggunaan teknologi maklumat ICT. Antaranya, melalaikan masyarakat pada masa kini. Misalnya, penggunaan media social menyebabkan masyarakat menjadi lalai dan tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja atau tugasan yang diberikan. Salah satunya laman social yang kerap dilayari oleh mayarakat adalah facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain. Selain itu, penyebaran fitnah berleluasa. Sebagai contoh, penyebaran melalui media social dan masyarakat kerap berkongsi tanpa mengambil tahu dan mengkaji terlebih dahulu akan sesuatu perkara yang disebar. Seterusnya, pencerobohan masuk sistem organisasi seperti maklumat sulit negara dan akaun bank serta system pertahanan akan mengancam keselamatan negara. Pencerobohan tersebut akan menyebabkan keselamatan negara dalam keadaan bahaya kerana maklumat sulit tidak boleh disebar seperi Facebook.




ISU DAN CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI (ICT)

ISU PEMALSUAN ATAU CETAK ROMPAK
           
   Isu cetak rompak di Malaysia bukanlah masalah baru di negara ini, masalah kegiatan haram ini telah berlaku sejak sekian lamanya. Jika ditinjau dari sudut pengertiannya, cetak rompak ialah satu pencabulan hak cipta yang bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta tanpa izin, iaitu mencabuli salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli, seperti hak untuk mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihakcipta, atau menghasilkan karya derivatif yang berasaskan karya yang dihakcipta itu. Jika ditinjau dalam situasi yang berlaku di Malaysia ini, kegiatan cetak rompak pada mulanya bermula sebagai sebuah industri ‘belakang rumah’ yang bermaksud aktiviti perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan dan tersembunyi.
Selepas itu, kegiatan ini telah berkembang menjadi sebuah sindiket jenayah terancang yang didalangi oleh kumpulan berpengaruh dari dalam dan luar negara.Menurut bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, mengatakan bahawa masalah kegiatan cetak rompak ini sukar diatasi kerana ia melibatkan hubungan rangkaian jenayah terancang antarabangsa. Antara jenis-jenis  cetak rompak yang boleh didapati di negara ini adalah seperti cetak rompak DVD,VCD.CD.Bahan seperti ini mudah sekali dicetak rompak kerana pengusaha aktiviti haram ini hanya memerlukan mesin pencetak dan CD-R (compact disc-Rom) yang kosong dan murah. Bahan cetak rompak juga boleh didapati dengan mudah melalui rangkaian internet, terdapat sesetengah agensi ataupun orang perseorangan yang menyediakan perkhidmatan muat turun (download) video dan muzik yang diambil tanpa pengetahuan syarikat penerbitan asal terlebih dahulu.
 Selain itu, cetak rompak perisian (software) juga merupakan salah satu jenis cetak rompak yang terdapat di Malaysia. Salah satu punca utama yang menyebabkan masalah ini masih berleluasa di negara ini ialah harga produk atau barang cetak rompak yang jauh lebih murah daripada barangan tulen. Lazimnya barangan cetak rompak seperti VCD, CD, perisian komputer dan sebagainya dijual dengan harga yang lebih murah kerana mereka yang terlibat dalam pengeluaran barangan ini hanya memerlukan kos yang rendah dan tidak perlu membayar bayaran royalti kepada pengeluar asal barangan tersebut. Fenomena cetak rompak seperti ini dapat memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk membelinya dengan murah.Teknologi yang canggih juga mendorong kepada penularan kegiatan ini dalam masyarakat di negara ini. Dengan adanya teknologi yang canggih ini, pihak yang terlibat dalam barangan cetak rompak dapat menghasilkan produk tiruan yang serupa dengan produk yang asal. Mesin pencetak CD dan VCD dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengeluarkan CD dan VCD cetak rompak. Dengan adanya teknologi komputer, perisian-perisian program komputer tertentu dapat dicetak rompak dan seterusnya dijual kepada pengguna komputer yang memerlukan perisian tersebut dengan harga yang lebih murah.
 Penyalahgunaan teknologi komputer juga dapat dilihat melalui pengunaan rangkaian internet yang dijadikan sebagai medium penyebaran produk cetak rompak. Sebagai contohnya pengguna tidak perlu membeli filem atau album artis yang asli di pasaran tetapi hanya perlu memuat turun benda-benda yang dicetak rompak tersebut daripada internet sahaja. Kesan daripada kegiatan cetak rompak ini antaranya, akan menyebabkan ekonomi negara merosot. Hal ini kerana pendapatan negara menjadi berkurang kerana cukai yang dihasilkan daripada industri pengeluaran yang berasaskan percetakan ini tidak dapat dijana sepenuhnya. Pengeluar yang menghasilkan industri percetakan yang sah ini mengalami kerugian disebabkan produk dan barangan asli yang dikeluarkan mengalami kemerosotan dari segi jualan syarikat. Kegiatan cetak rompak yang berleluasa di negara ini juga menyebabkan nama baik negara tercemar.
Selain itu juga,kegiatan cetak rompak ini juga boleh membawa kepada jenayah-jenayah lain.Sebagai contohnya,pertelingkahan antara pengusaha cetak rompak yang berebut hak mengeluarkan barangan cetak rompak dan berebut kawasan penjualan barangan cetak rompak mereka.Terdapat pelbagai langkah untuk mengatasi masalah kegiatan cetak rompak ini sebenarnya.Salah satu langkah yang boleh dijalankan ialah dengan menjalankan dasar memboikot barangan cetak rompak.Kita sedia maklum bahawa para pengguna mempunyai kuasa pembelian dalam sesebuah ekonomi negara.Oleh itu masalah kegiatan cetak rompak yang hingga mewujudkan perlambakan barangan cetak rompak di pasaran ini tidak mungkin akan berlaku jika permintaan daripada para pengguna tidak wujud.Usaha memboikot daripada para pengguna salah satunya dapat membendung masalah cetak rompak ini.Langkah seperti menjalankan harga kawalan maksima terhadap barangna asli juga dapat membnedung masalah ini.Harga kawalan maksima yang dimaksudkan disini ialah penetapan harga maksimum oleh badan-badan tertentu bagi menetapkan sesuatu barangna asli seperti VCD dan DVD yng difikirkan berpatutan untuk dibeli oleh para pengguna.Selain itu,penguatkuasaan undang-undang secara tegas juga perlu dijalankan bagi mengatasi kegiatan cetak rompak ini.Setakat ini beberapa akta dan undang-undang telah digubal bagi mengatasi masalah-masalah berkaitan cetak rompak.Antara akta-akta yang diperkenalkan tersebut ialah Akta Hak Cipta 1987,Akta Perihal 1972 dan Akta Cakera Optik 2000.
   
ISU ANCAMAN JENAYAH SIBER

  Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.Ancaman terbesar di negara ini sekarang ialah Jenayah siber yang melibatkan serangan terhadap laman-laman sesawang (web) kerajaan. Penjenayah yang menggunakan peralatan teknologi maklumat seperti komputer dan pencetak bagi memalsukan dokumen seperti pasport, kad pengenalan, mata wang, dan cek juga boleh dikategorikan sebagai Jenayah siber. Selain Itu, penipuan juga melibatkan e-dagang dan penipuan dalam talian telefon.
Masalah-­masalah ini jika tidak ditangani dengan baik dan bersungguh-sungguh akan menjejaskan pembangunan dan ketenteraman negara pada masa depan. Pada masa ini banyak kes yang dilaporkan kepada pihak polis melibatkan penyalahgunaan dan penipuan melalui e-mel. Jenayah siber terdedah kepada banyak cabaran seperti sukar diselesaikan dan teknologi yang semakin berkembang membolehkan penjenayah melakukan jenayah terancang. Biasanya jenayah terancang menggunakan propaganda politik bagi mengelakkan mereka dikenali polis. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang berkembang setiap hari menjadikan penyiasatan bertambah rumit. Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang perlu berubah selaras dengan perkembangan teknologi yang ada sekarang. Biasanya penjenayah siber terdiri daripada bekas kakitangan yang diberhentikan dan berniat untuk membalas dendam terhadap bekas majikan mereka. Mereka mungkin juga terdiri daripada vendor yang tidak setuju dengan kontrak yang diberikan, kakitangan penyelenggaraan atau penggodam yang menggunakan pengetahuan mereka untuk membuat keuntungan atau individu yang mendapat akses daripada kakitangan yang tidak jujur. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang ditubuhkan pada 1998 merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab memberikan laporan kepada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi dalam membantu siasatan Jenayah siber dari segi Jenis, kesan, dan sifatnya.
 Selain itu, undang-undang siber turut dicipta di beberapa buah negara di seluruh dunia Bagi menangani masalah jenayah siber yang berleluasa dalam Internet. Negara kita tidak terkecuali daripada mengadakan undang-undang siber sendiri. Walau bagaimanapun, ibarat seperti melepaskan syarat untuk membuktikan negara mempunyai prosedur tertentu untuk menapis aktiviti negatif penjenayah siber. Kewujudan undang-undang siber yang sedia ada masih belum mampu untuk menampung atau membanteras jenayah siber yang semakln bijak dan berleluasa. Undang-undang siber Malaysia kelihatan belum cukup meluas dan merangkumi semua aspek. Kejadian seperti membuat sabotaj dengan menyebarkan gambar-gambar berunsur porno yang menjatuhkan maruah seseorang merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Pencurian wang melalui transaksi pemindahan elektronik, pencurian nombor pin, nombor kad kredit, mencuri data-data dari pangkalan data merupakan aktiviti yang sedang bergiat cergas.
Tetapi undang-undang siber negara sedia ada tidak mampu untuk membendung kes-kes seperti Ini. Tegasnya, undang-undang siber dan yang berkaitan dengannya perlu dikaji dari semasa ke semasa mengikut tahap ancaman global yang selalu berubah-ubah. Sebenarnya, tidak ada jalan pintas dalam menangani ancaman siber. Jalan yang terbaik ialah setiap individu perlulah memainkan peranan masing-masing dalam lingkungan kuasa dan kemampuan yang ada. Pihak pengurusan atasan syarikat atau organisasi perlulah menangani risiko ancaman siber dari perspektif yang menyeluruh serta mengeluarkan polisi-polisi yang berkesan untuk diikuti oleh pekerja syarikat. Sumber kewangan dan staf yang mahir perlu diadakan dan mencukupi.
 Bagi individu pula, perlu ada tahap kesedaran yang tinggi tentang risiko daripada ancaman siber ini, terutamanya ketika menggunakan komputer masing-masing. Setiap daripada kita perlulah ada rasa tanggungjawab untuk menentukan komputer kita terjamin selamat. Selain itu, setiap individu perlulah mempunyai etika kerja yang murni dan tidak menyalahgunakan sumber yang diberi dengan melayari laman-laman web yang tidak produktif, lucah, dan bertentangan dengan undang-undang dan nilai sejagat. Di pihak kerajaan pula, kerajaan perlu mengadakan dan menentukan prasarana ICT yang selamat dengan melaksanakan polisi-polisi yang efektif, terkini, dan praktikal. Kerajaan juga perlu menentukan wujudnya organisasi bebas yang mempunyai kepakaran dalam keselamatan maklumat yang boleh memberi khidmat dan nasihat tentang cara yang betul dan sesuai untuk menangani ancaman siber. Organisasi ini kelak diharapkan dapat dirujuk oleh semua golongan masyarakat di Malaysia secara mudah.


Wednesday, 21 December 2016

ISU PEDOFILIA

         Kemudahan ICT dan internet, merupakan salah satu aktiviti seksual dan tempat melayan nafsu dalam kalangan dewasa dan remaja. ICT dan akses internet menjadi satu gabungan penting dalam melayari laman sesawang yang mengandungi bahan lucah. Masyarakat pada masa kini, lebih gemar melayari laman sesawang yang tidak berfaedah di mana kerajaan tidak dapat mengekang masalah pedofilia dan seksual pada masa kini.
            Apa itu pedofilia? Pedofilia dijelaskan sebagai keinginan atau gangguan psikologi di mana individu dewasa atau remaja yang lebih berusia tertarik dengan aktiviti seksual atau ekskusif yang melibatkan kanak-kanak yang belum baligh (prepubescent). Meskipun tanpa menyentuh mereka, ia masih dinaggap sebagai pedofilia. Sesetengah orang mempunyai perasaan pedofilia tetapi tidak melakukan seks atau mendera kanak-kanak secara seksual.
            Biasanya mereka yang berpenyakit ini lebih cendurung bernafsu pada kanak-kanak dalam lingkungan umur 13 tahun. Namun ada juga kes yang melibatkan kanak-kanak yang berumur lebih rendah daripada ini. Inilah yang menjadi kerisauan kepada ibu bapa di Malaysia.Pedofilia juga boleh dianggap sebagai satu ancaman keselamatan . Ini adalah kerana, ada kes pesakit ini cenderung untuk membunuh mangsanya apabila telah melakukan aktiviti pedofilia kepada diri mangsa. Selain itu,agak susah untuk mengenal pasti mereka yang berpenyakit Pedofilia ini kerana mereka kelihatan “normal” sama sahaja seperti orang biasa.Tetapi mereka jugalah yang menghadapi penyakit bernafsu terhadap kanka-kanak. Oleh hal yang demikian, Sebagai ibubapa haruslah membuat pantauan dalam aktiviti anak-anak seharian.
            Ingatkah lagi pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin pada tahun 2007 dulu? Kegagalan pihak berkuasa menangkap pembunuhan adik Nurin sejak 8 tahun lalu membuktikan bahawa sekurang-kurangnya seorang pedofilia tegar masih bebas. Pedofilia dalam kes ini memperolehi kepuasan dengan mendera anak kecil secara seksual dengan kejamnya. Pedofilia yang masih bebas itu mungkin pernah mendukung anak kecil kita yang dipuji comel,dia mungkin adalah “friend” Facebook kita dia mungkin seorang ‘pengawal keselamatan’ di apartment kita, dia mungkin juga peniaga kantin di sekolah anak kita dan mungkin juga dia merupakan saudara mara kita. Terdapat pelbagai kemungkinan yang kita tidak dapat jangka atau di duga. Bahkan, kita juga pernah digemparkan dengan  berita tertangkapnya seorang pedofilia yang merupakan pelajar Malaysia di Universiti terkemuka di London.Pelajar yang mneyimpan,menghasilkan dan mengedar gambar dan video pornografi kelas A yang hakikatnya adalah penderaan seksual terhadap kanak-kanak uyang ekstrim.
            Antara faktor atau sebab wujudnya penyakit pedofilia dalam diri seseorang adalah sikap ibu bapa pada masa  kiniyang tidak bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan kehormatan anak-anak mereka. Pada era globalisasi ini,laman social seperti Facebook,Instagram,Twitter dan sebagainya adalah salah satu factor wujudnya penyakit pedofilia ini.
            Sebagai contoh,Ibu bapa gemar memuat naik gambar aktiviti anak-anak mereka seperti sedang bermandi,tanpa mereka sedari segala perbuatan itu telah menyebabkan seseorang itu mempunyai perasaan suka atau keinginan terhadap kanak-kanak tersebut. Bahkan pakaian anak juga perlu di titikberat di mana pakaian yang agak menonjol akan menimbulkan perasaan suka kepada orang yang mempunyai penyakit pedofilia ini.
            Sekain itu,Pengawasan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mengawasi tingkah laku anak-anak mereka yang sedang meningkat naik.Seperti yang kita ketahui,anak-anak muda yang berumur dalam lingkungan 12 tahun ke atas sudah mempunyai laman social sendiri,yang pastinya ibu bapa mereka tidak mengetahui.
            Bagaimanakah ibu bapa boleh melindungi anak-anak dari pedofilia ? Ibu bapa merupakan perannan penting dalam mengawasi segala aktiviti anak-anak mereka di mana ibu bapa seharusnya mengadakan hubungan yang lebih rapat atau akrab terhadap anak-anak dan bina kepercayaan kita menjadi tempat bercerita dan mnedengar segala aduan yang hendak di sampai oleh anak-anak mereka. Oleh yang demikian,sentiasa memberi ingatan kepada anak-anak supaya tidak menyimpan sebarang rahsia kerana pedofilia ini selalunya memujuk anak untuk menyembunyikan perbuatan keji mereka.
            Justeru,ibu bapa harus menghentikan sifat malu dan segan untuk bercakap soal seksual dengan anak-anak. Setiap hari anak-anak telah pun terdedah kepada unsur seksual di media,internet,iklan,sekolah dan plaing menghampakan di muka hadapan suratkhabar utama.Rancangan TV kanak-kanak mengandungi unsur seksual dan menggunakan bahasa yang berunsur seksual.Kita mesti bersedia dan bersifat terbuka untuk mendidik anak-anak tentang isu seksual apabila perlu.Berbicaralah mengikut kesesuaian  umur anak dengan Bahasa yang difahami anak.
            Sentiasa peka dan mengambil berat dengan gerak tubuh anak-anak yang mungkin mempamerkan sebarang ketidak-selesaan atau kegelisahan yang dihadapi oleh mereka,serta berhati-hati dengan paparan gambar dan video anak-anak di media social dan internet secara umumnya.Kenalkah kita siapa ‘friend’ dan ‘follower’ kita ? Gambar-gambar anak kita mungkin di antara 41 juta gambar di website pedofilia yang disebut di atas. Sekarang ini mungkin ada pedofilia yang sedang berfantasi seksual melihat gambar anak-anak kita.
            Oleh itu,kenalpasti urusan-urusan yang membabitkan keadaan berisiko kepada anak-anak seperti membersihkan diri selepas ke tandas,bersakin pakaian,mandi dan sebagainya dan selalulah bertanyakan mereka dalam perbuaan tentang siapakah yang teribat. Contohnya,kalua tiba-tiba anak kecil bercerita bahawa pada hari ini anak penjaga yang membersihkan dirinya selepas ke tandas,atau ada orang mengambil gambar mereka mandi,anda perlu bertindak segera.
            Pasang parental ‘control sofware’ dan perisian saringan di computer yang digunakan oleh anak-anak.Bersembanglah dengan anak-anak tentang bahaya ‘chat’ dengan sesiapa sahaja yang dikenali di internet.Pedofilia sentiasa mencari mangsa dengan merayau-rayau di internet.Mereka pandai memujuk dan bermanis kata.Mereka juga menggunkan identiti palsu supaya mudah dipercayai oleh kanak-kanak.
            Adakan peraturan yang mewajibkan anak-anak menggunakan computer hanya di ruang keluarga atau umum di dalam rumah.Elakkan dari membenarkan anak-anak menyimpan dan menggunakan computer di dalam bilik tidur mereka kerana sukar untuk di pantau.Ini membuka peluang untuk pedofilia ‘masuk jarum’ kerana mereka tahu anak kita tidak diawasi.Serta elakkan memberikan telefon pintar dengan keupayaan ber’cah’ kepada anak-anak kecil.

           
           

ISU KETAGIHAN PERMAINAN KOMPUTER
Ketagihan permainan video di Malaysia masih kurang mendapat perhatian oleh pihak kerajaan. Walaubagaimanapun, kita perlu akui masalah ini sering berlaku di persekitaran tempat tinggal kita dan gejala ponteng sekolah juga berkait rapat dengan isu ini. Hal ini demikian kerana pelajar sekolah sering ditangkap di 'cyber cafe' kerana bermain permainan video secara talian.Isu ini perlu diberi perhatian  sebelum menjadi barah seperti yang dialami oleh Korea Selatan,Jepun,Amerika Syarikat dan lain-lain kerana kebanyakkan remaja di negara-negara tersebut berhenti sekolah kerana ketagihan permainan video.
Masalah ketagihan permainan video adalah pengaruh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana kebanyakan masalah sosial seperti ponteng sekolah, pergaulan bebas, buli dan lain-lain berkait rapat dengan pengaruh daripada rakan sebaya. Rakan sebaya memainkan peranan yang penting kerana remaja lebih mudah untuk berkomunikasi, berinteraksi dan berkongsi masalah sesama mereka. Mereka juga akan mencari rakan mereka apabila berasa bosan untuk melakukan sesuatu aktiviti atau sekadar berbual-bual.Sekiranya kawan yang dicarinya itu sedang bermain permainan video sekali gus menimbulkan perasaan ingin mencuba dan menyebabkan lahirnya perasaan seronok sehingga menghabiskan masa yang terluang untuk aktiviti yang tidak berfaedah ini, Keseronokkan daripada bermain permainan video ini menjadi sebati dengan jiwa remaja itu dan akhirnya menjadi satu kebiasaan serta menjurus kepada ketagihan.
Selain itu, pengaruh media massa dan elektonik. Pelbagai jenis permainan video dicipta dan diperkenalkan seperti Xbox, Playstation, GameBoy, Wii dan lain-lain. Oleh itu, pihak media massa dan elektronik berlumba-lumba menyajikan maklumat tentang permainan video tersebut menerusi radio, internet, majalah, surat khabar dan lain-lain. Maklumat tentang aksi-aksi yang dipaparkan menggunakan kualiti grafik yang tinggi dan rekaan model permainan video yang menarik dapat mempengaruhi kegairahan remaja unuk mencuba.
Kesannya, pelajaran terabai dalam kalangan remaja .Hal ini demikian kerana remaja menghabiskan masa terluang dengan bermain permainan video ini dan bukan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar iaitu menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran. Mereka juga sanggup tidak tidur semalaman demi mendapatkan kepuasan dalam bermain permainan video ini dan mengganggu pembelajaran apabila sering mengantuk serta tidur di sekolah.
Seterusnya,mendorong perlakuan jenayah selari dengan  kecanggihan teknologi 3 Dimensi(3D) yang semakin popular memaparkan aksi-aksi ganas dan kejam dalam permainan video seperti Dragon Age Orign yang telah diterbitkan pada tahun 2009.Permainan video ini menyaksikan aksi-aksi ekstrem dan ganas dilimpahi dengan darah serta pembunuhan merupakan perkara biasa dalam konsep permainan video ini menjerus kepada keterujaan remaja untuk mempraktikkan pada kehidupan sebenar pada haiwan dan tidak mustahil pada manusia.
Langkah yang perlu diambil ialah pengawasan dari ibu bapa.Ibu bapa harus pandai mendidik dan mengajar anak-anak untuk membahagikan masa antara pelajaran, bermain, bersukan dan lain-lain. Oleh itu,anak-anak akan mempraktikkan apa yang diajar oleh ibu bapa.Ibu bapa juga tidak boleh melarang anak-anak bermain permainan video kerana ia hanya memburukkan keadaan kerana anak-anak akan memberontak,sebaliknya ibu bapa haruslah memilihkan jenis-jenis permainan yang sesuai dan menerangkan akibat-akibat negatif jika memilih permainan bertemakan pembunuhan, penyeksaan, rompakan dan lain-lain serta tidak sesuai pada peringkat umur anak-anak.Hal ini demikian kerana anak-anak akan faham dan terdedah tentang kesan-kesan negatif yang akan dihadapinya sekiranya tidak mematuhi perintah ibu bapa.Ibu bapa juga boleh memilih permainan yang dapat meransang minda yang kreatif dan inovasi bagi ketajaman minda anak-anak seperti permainan yang bertemakan teka-teki,matematik,pengetahuan am dan lain-lain serta menghadkan masa untuk bermain permainan video ini.

Sesungguhnya, masalah ini harus dibendung dengan segera supaya ia tidak melarat seperti isu mat rempit dan semua pihak haruslah berganding bahu untuk membanteras masalah ini.
KESIMPULAN

Sebagai menggulung segala yang diperkata diatas, disini kita dapat tekankan bahawa terdapat kebaikan dan keburukan dalam penggunaan teknologi maklumat (ICT). Berdasarkan daripada keseluruhan isu yang kami kupas, kesimpulannya undang-undang siber tidak seharusnya kita harapkan untuk melindungi kita dari ancaman jenayah teknologi. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan berkemungkinan boleh dilakukan oleh beribu-ribu batu jauhnya mahupun dari kalangan orang yang berhampiran dengan kita.
 Oleh itu, setiap individu perlu memainkan peranan untuk membanteras kes-kes jenayah siber semakin berleluasa pada zaman era kini. Malahan itu, hak kebebasan bersuara yang sedia ada seharusnya tidak disalahgunakan, namun demikian ada juga yang menjadi penyebar maklumat palsu ataupun pihak lain menggunakan internet untuk menyebarkan maklumat yang tidak benar. Pihak kerajaan mesti meningkat ilmu pengetahuan pengetahuan rakyat dan menyebarkan berita di media cetak dan mediamassa.
Akhir sekali, Penggunaan teknologi maklumat tidak hanya mempunyai dampak positif, tetapi juga banyak terdapat dampak negatif. Internet memberikan mamfaat yang begitu besar tetapi di lain pihak internet menjadi suatu media informasi yang tidak mudah untuk di batasi pelbagai macam informasi dalam berbagai bentuk dan tujuan bercampur menjadi satu di mana untuk mengaksesnya hanya perlu satu sentuhan jari saja. Berbagai informasi dengan mudah didistribusikan kepada pemakai internet.
Terlepas dari dampak yang mungkin akan timbul, teknologi maklumat tetap merupakan suatu teknologi baru di bidang komputer dan komunikasi yang mampu memberikan berbagai kemudahan bagi para pemaikainya. Dalam bebeapa tahun ke depan dapat di pastikan bahawa teknologi maklumat akan menjadi tulang punggung perkembangan teknologi.