snow

Thursday, 22 December 2016

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

KEBAIKAN TERHADAP DIRI

Teknologi maklumat atau lebih dikenali ICT, mempunyai banyak kebaikan dan ini adalah kebaikan terhadap diri. Di mana, teknologi telah berjaya memudahkan pelbagai kerja seharian kita. Kemajuan teknologi juga telah memudahkan kerja di pejabat, seperti adanya mesin fotostat yang telah memudahkan pekerja untuk membuat salinan sesuatu dokumen. Disamping itu penggunaan aplikasi seperti Microsoft Word, Excell dan lain–lain telah memudahkan pekerja di pejabat untuk membuat laporan, menaip surat-menyurat dan sebagainya. Selain itu, perkembangan teknologi juga telah dapat menjimatkan masa dan perkembangan pesat teknologi seperti pengangkutan telah menjimatkan masa perjalananan dari satu destinasi ke destinasi yang lain seperti penggunaan LRT dan komuter menjadi pilihan warga kota untuk pergi dan balik dari kerja .
Teknologi juga telah banyak membantu para petani dalam mempercepatkan proses pembajakan tanah. Penggunaan alat pembajak seperti traktor telah banyak menjimatkan masa para petani. Disamping itu, kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat mudah, hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype, Yahoo Messenger, Email dan sebagainya.
Penyaluran maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke seluruh dunia. Jika dahulu, surat khabar, telefon dan televisyen merupakan antara media massa yang paling penting dalam menyalurkan maklumat. Kini dengan perkembagan teknologi dalam komunikasi telah mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas. Kemudahan komukasi ini banyak membantu kita untuk berhubungan dengan masyarakat di seluruh pelusuk dunia di samping memudahkan kaum keluarga untuk berhubung sesama mereka.

KEBAIKAN TERHADAP NEGARA

ICT juga menjadi penyumbang penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Kes jenayah yang semakin berleluasa di negara Malaysia dapat diatasi dengan bantuan ICT. Televisyen litar tertutup (CCTV) banyak digunakan dan ditempatkan di kawasan-kawasan seperti bank, kasino, lapangan terbang, pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya. CCTV ini digunakan untuk mengawas keselamatan sesuatu tempat yang tertentu sahaja. Di samping itu, kegiatan jenayah yang berlaku dapat dikesan dan seterusnya memberkas penjenayah yang terbabit.
Bertitik tolak dari itu, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Langkah kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudah tiba masanya untuk negara Malaysia berjaya di peringkat kebangsaan mahupun serantau. MSC memainkan peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan ICT di Malaysia. Untuk menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira pihak kerajaan ataupun pihak swasta, perlulah berganding bahu bersama-sama rakyat bagai aur dengan tebing, sehati seia untuk melonjakkan nama negara Malaysia ke pentas dunia.

KEBAIKAN TERHADAP MASYARAKAT

Terdapat beberapa kebaikan terhadap masyarakat dalam penggunaan teknologi ICT.Antaranya, boleh berhubung antara satu sama lain di seluruh pelosok dunia. Selain itu, dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain dan ia menjimatkan masa. Seterusnya, ia membantu masyarakat dalam mendapatkan maklumat dengan lengkap dan cepat. Disebabkan penggunaan teknologi yang semakin meluas, masyarakat lebih terdedah kepada dunia luar dan mengambil tahu keadaan sekeliling. Pengetahuan tentang ekonomi membantu para peramal untuk meramal dan mudah bagi mereka mengkaji segalanya.

KEBURUKAN TERHADAP DIRI

Terdapat beberapa kesan negatif perkembangan teknologi maklumat (ICT). Antaranya, banyak menbuang masa. Keseronokan melayari laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan bermain permainan maya secara atas talian menyebabkan seseorang menghabiskan banyak waktu. Kesan yang paling ketara adalah terhadap pelajar yang menghabiskan waktu mereka melayari internet sehingga mengabaikan kerja sekolah dan waktu belajar. Produktiviti seseorang pekerja juga akan merosot jika terlalu leka melayari internet.
Di samping itu, ICT juga mendatangkan kesan negatif dalam berlakunya jenayah siber. Semakin maju teknologi maklumat (ICT) semakin meningkat jenayah siber yang berlaku. Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti penipuan secara atas talian, berlaku traksaksi palsu, buli siber, dan sebagainya. Kelicikan penjenayah siber ini adakalanya mampu menggodam sistem pertahanan negara dan rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan sesebuah negara kepada ancaman anasir luar. Penipuan jual beli dalam talian juga membawa kerugian yang besar kepada pembeli atau penjual.

KEBURUKAN TERHADAP NEGARA

Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat dapat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet.Teknologi maklumat juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang mendahagai pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ingin mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat bagai belut diketil ekor dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan keadaan lagi. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam kalangan remaja dan belia. Sesungguhnya, teknologi maklumat sememangnya menyebarkan unsur-unsur lucah dan meningkatkan kebejatan akhlak remaja kita.

KEBURUKAN TERHADAP MASYARAKAT

Terdapat beberapa kesan negatif terhadap penggunaan teknologi maklumat ICT. Antaranya, melalaikan masyarakat pada masa kini. Misalnya, penggunaan media social menyebabkan masyarakat menjadi lalai dan tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja atau tugasan yang diberikan. Salah satunya laman social yang kerap dilayari oleh mayarakat adalah facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain. Selain itu, penyebaran fitnah berleluasa. Sebagai contoh, penyebaran melalui media social dan masyarakat kerap berkongsi tanpa mengambil tahu dan mengkaji terlebih dahulu akan sesuatu perkara yang disebar. Seterusnya, pencerobohan masuk sistem organisasi seperti maklumat sulit negara dan akaun bank serta system pertahanan akan mengancam keselamatan negara. Pencerobohan tersebut akan menyebabkan keselamatan negara dalam keadaan bahaya kerana maklumat sulit tidak boleh disebar seperi Facebook.




No comments:

Post a Comment