ISU KETAGIHAN PERMAINAN KOMPUTER
Ketagihan permainan video di Malaysia
masih kurang mendapat perhatian oleh pihak kerajaan. Walaubagaimanapun, kita
perlu akui masalah ini sering berlaku di persekitaran tempat tinggal kita dan
gejala ponteng sekolah juga berkait rapat dengan isu ini. Hal ini demikian
kerana pelajar sekolah sering ditangkap di 'cyber cafe' kerana bermain
permainan video secara talian.Isu ini perlu diberi perhatian sebelum
menjadi barah seperti yang dialami oleh Korea Selatan,Jepun,Amerika Syarikat
dan lain-lain kerana kebanyakkan remaja di negara-negara tersebut berhenti
sekolah kerana ketagihan permainan video.
Masalah ketagihan permainan video adalah
pengaruh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana kebanyakan masalah sosial
seperti ponteng sekolah, pergaulan bebas, buli dan lain-lain berkait rapat
dengan pengaruh daripada rakan sebaya. Rakan sebaya memainkan peranan yang
penting kerana remaja lebih mudah untuk berkomunikasi, berinteraksi dan
berkongsi masalah sesama mereka. Mereka juga akan mencari rakan mereka apabila
berasa bosan untuk melakukan sesuatu aktiviti atau sekadar
berbual-bual.Sekiranya kawan yang dicarinya itu sedang bermain permainan video
sekali gus menimbulkan perasaan ingin mencuba dan menyebabkan lahirnya
perasaan seronok sehingga menghabiskan masa yang terluang untuk aktiviti yang
tidak berfaedah ini, Keseronokkan daripada bermain permainan video ini menjadi
sebati dengan jiwa remaja itu dan akhirnya menjadi satu kebiasaan serta
menjurus kepada ketagihan.
Selain itu, pengaruh media massa dan
elektonik. Pelbagai jenis permainan video dicipta dan diperkenalkan seperti
Xbox, Playstation, GameBoy, Wii dan lain-lain. Oleh itu, pihak media massa dan
elektronik berlumba-lumba menyajikan maklumat tentang permainan video tersebut
menerusi radio, internet, majalah, surat khabar dan lain-lain. Maklumat tentang
aksi-aksi yang dipaparkan menggunakan kualiti grafik yang tinggi dan rekaan
model permainan video yang menarik dapat mempengaruhi kegairahan remaja unuk
mencuba.
Kesannya, pelajaran terabai dalam kalangan
remaja .Hal ini demikian kerana remaja menghabiskan masa terluang dengan
bermain permainan video ini dan bukan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang
pelajar iaitu menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran. Mereka juga
sanggup tidak tidur semalaman demi mendapatkan kepuasan dalam bermain permainan
video ini dan mengganggu pembelajaran apabila sering mengantuk serta tidur di
sekolah.
Seterusnya,mendorong perlakuan jenayah
selari dengan kecanggihan teknologi 3 Dimensi(3D) yang semakin popular
memaparkan aksi-aksi ganas dan kejam dalam permainan video seperti Dragon Age
Orign yang telah diterbitkan pada tahun 2009.Permainan video ini menyaksikan
aksi-aksi ekstrem dan ganas dilimpahi dengan darah serta pembunuhan merupakan
perkara biasa dalam konsep permainan video ini menjerus kepada keterujaan
remaja untuk mempraktikkan pada kehidupan sebenar pada haiwan dan tidak
mustahil pada manusia.
Langkah yang perlu diambil ialah
pengawasan dari ibu bapa.Ibu bapa harus pandai mendidik dan mengajar anak-anak
untuk membahagikan masa antara pelajaran, bermain, bersukan dan lain-lain. Oleh
itu,anak-anak akan mempraktikkan apa yang diajar oleh ibu bapa.Ibu bapa juga
tidak boleh melarang anak-anak bermain permainan video kerana ia hanya
memburukkan keadaan kerana anak-anak akan memberontak,sebaliknya ibu bapa
haruslah memilihkan jenis-jenis permainan yang sesuai dan menerangkan
akibat-akibat negatif jika memilih permainan bertemakan pembunuhan, penyeksaan,
rompakan dan lain-lain serta tidak sesuai pada peringkat umur anak-anak.Hal ini
demikian kerana anak-anak akan faham dan terdedah tentang kesan-kesan negatif
yang akan dihadapinya sekiranya tidak mematuhi perintah ibu bapa.Ibu bapa juga
boleh memilih permainan yang dapat meransang minda yang kreatif dan inovasi
bagi ketajaman minda anak-anak seperti permainan yang bertemakan
teka-teki,matematik,pengetahuan am dan lain-lain serta menghadkan masa untuk
bermain permainan video ini.
Sesungguhnya, masalah ini harus dibendung
dengan segera supaya ia tidak melarat seperti isu mat rempit dan semua pihak
haruslah berganding bahu untuk membanteras masalah ini.
No comments:
Post a Comment