snow

Wednesday, 21 December 2016

ISU PEDOFILIA

         Kemudahan ICT dan internet, merupakan salah satu aktiviti seksual dan tempat melayan nafsu dalam kalangan dewasa dan remaja. ICT dan akses internet menjadi satu gabungan penting dalam melayari laman sesawang yang mengandungi bahan lucah. Masyarakat pada masa kini, lebih gemar melayari laman sesawang yang tidak berfaedah di mana kerajaan tidak dapat mengekang masalah pedofilia dan seksual pada masa kini.
            Apa itu pedofilia? Pedofilia dijelaskan sebagai keinginan atau gangguan psikologi di mana individu dewasa atau remaja yang lebih berusia tertarik dengan aktiviti seksual atau ekskusif yang melibatkan kanak-kanak yang belum baligh (prepubescent). Meskipun tanpa menyentuh mereka, ia masih dinaggap sebagai pedofilia. Sesetengah orang mempunyai perasaan pedofilia tetapi tidak melakukan seks atau mendera kanak-kanak secara seksual.
            Biasanya mereka yang berpenyakit ini lebih cendurung bernafsu pada kanak-kanak dalam lingkungan umur 13 tahun. Namun ada juga kes yang melibatkan kanak-kanak yang berumur lebih rendah daripada ini. Inilah yang menjadi kerisauan kepada ibu bapa di Malaysia.Pedofilia juga boleh dianggap sebagai satu ancaman keselamatan . Ini adalah kerana, ada kes pesakit ini cenderung untuk membunuh mangsanya apabila telah melakukan aktiviti pedofilia kepada diri mangsa. Selain itu,agak susah untuk mengenal pasti mereka yang berpenyakit Pedofilia ini kerana mereka kelihatan “normal” sama sahaja seperti orang biasa.Tetapi mereka jugalah yang menghadapi penyakit bernafsu terhadap kanka-kanak. Oleh hal yang demikian, Sebagai ibubapa haruslah membuat pantauan dalam aktiviti anak-anak seharian.
            Ingatkah lagi pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin pada tahun 2007 dulu? Kegagalan pihak berkuasa menangkap pembunuhan adik Nurin sejak 8 tahun lalu membuktikan bahawa sekurang-kurangnya seorang pedofilia tegar masih bebas. Pedofilia dalam kes ini memperolehi kepuasan dengan mendera anak kecil secara seksual dengan kejamnya. Pedofilia yang masih bebas itu mungkin pernah mendukung anak kecil kita yang dipuji comel,dia mungkin adalah “friend” Facebook kita dia mungkin seorang ‘pengawal keselamatan’ di apartment kita, dia mungkin juga peniaga kantin di sekolah anak kita dan mungkin juga dia merupakan saudara mara kita. Terdapat pelbagai kemungkinan yang kita tidak dapat jangka atau di duga. Bahkan, kita juga pernah digemparkan dengan  berita tertangkapnya seorang pedofilia yang merupakan pelajar Malaysia di Universiti terkemuka di London.Pelajar yang mneyimpan,menghasilkan dan mengedar gambar dan video pornografi kelas A yang hakikatnya adalah penderaan seksual terhadap kanak-kanak uyang ekstrim.
            Antara faktor atau sebab wujudnya penyakit pedofilia dalam diri seseorang adalah sikap ibu bapa pada masa  kiniyang tidak bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan kehormatan anak-anak mereka. Pada era globalisasi ini,laman social seperti Facebook,Instagram,Twitter dan sebagainya adalah salah satu factor wujudnya penyakit pedofilia ini.
            Sebagai contoh,Ibu bapa gemar memuat naik gambar aktiviti anak-anak mereka seperti sedang bermandi,tanpa mereka sedari segala perbuatan itu telah menyebabkan seseorang itu mempunyai perasaan suka atau keinginan terhadap kanak-kanak tersebut. Bahkan pakaian anak juga perlu di titikberat di mana pakaian yang agak menonjol akan menimbulkan perasaan suka kepada orang yang mempunyai penyakit pedofilia ini.
            Sekain itu,Pengawasan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mengawasi tingkah laku anak-anak mereka yang sedang meningkat naik.Seperti yang kita ketahui,anak-anak muda yang berumur dalam lingkungan 12 tahun ke atas sudah mempunyai laman social sendiri,yang pastinya ibu bapa mereka tidak mengetahui.
            Bagaimanakah ibu bapa boleh melindungi anak-anak dari pedofilia ? Ibu bapa merupakan perannan penting dalam mengawasi segala aktiviti anak-anak mereka di mana ibu bapa seharusnya mengadakan hubungan yang lebih rapat atau akrab terhadap anak-anak dan bina kepercayaan kita menjadi tempat bercerita dan mnedengar segala aduan yang hendak di sampai oleh anak-anak mereka. Oleh yang demikian,sentiasa memberi ingatan kepada anak-anak supaya tidak menyimpan sebarang rahsia kerana pedofilia ini selalunya memujuk anak untuk menyembunyikan perbuatan keji mereka.
            Justeru,ibu bapa harus menghentikan sifat malu dan segan untuk bercakap soal seksual dengan anak-anak. Setiap hari anak-anak telah pun terdedah kepada unsur seksual di media,internet,iklan,sekolah dan plaing menghampakan di muka hadapan suratkhabar utama.Rancangan TV kanak-kanak mengandungi unsur seksual dan menggunakan bahasa yang berunsur seksual.Kita mesti bersedia dan bersifat terbuka untuk mendidik anak-anak tentang isu seksual apabila perlu.Berbicaralah mengikut kesesuaian  umur anak dengan Bahasa yang difahami anak.
            Sentiasa peka dan mengambil berat dengan gerak tubuh anak-anak yang mungkin mempamerkan sebarang ketidak-selesaan atau kegelisahan yang dihadapi oleh mereka,serta berhati-hati dengan paparan gambar dan video anak-anak di media social dan internet secara umumnya.Kenalkah kita siapa ‘friend’ dan ‘follower’ kita ? Gambar-gambar anak kita mungkin di antara 41 juta gambar di website pedofilia yang disebut di atas. Sekarang ini mungkin ada pedofilia yang sedang berfantasi seksual melihat gambar anak-anak kita.
            Oleh itu,kenalpasti urusan-urusan yang membabitkan keadaan berisiko kepada anak-anak seperti membersihkan diri selepas ke tandas,bersakin pakaian,mandi dan sebagainya dan selalulah bertanyakan mereka dalam perbuaan tentang siapakah yang teribat. Contohnya,kalua tiba-tiba anak kecil bercerita bahawa pada hari ini anak penjaga yang membersihkan dirinya selepas ke tandas,atau ada orang mengambil gambar mereka mandi,anda perlu bertindak segera.
            Pasang parental ‘control sofware’ dan perisian saringan di computer yang digunakan oleh anak-anak.Bersembanglah dengan anak-anak tentang bahaya ‘chat’ dengan sesiapa sahaja yang dikenali di internet.Pedofilia sentiasa mencari mangsa dengan merayau-rayau di internet.Mereka pandai memujuk dan bermanis kata.Mereka juga menggunkan identiti palsu supaya mudah dipercayai oleh kanak-kanak.
            Adakan peraturan yang mewajibkan anak-anak menggunakan computer hanya di ruang keluarga atau umum di dalam rumah.Elakkan dari membenarkan anak-anak menyimpan dan menggunakan computer di dalam bilik tidur mereka kerana sukar untuk di pantau.Ini membuka peluang untuk pedofilia ‘masuk jarum’ kerana mereka tahu anak kita tidak diawasi.Serta elakkan memberikan telefon pintar dengan keupayaan ber’cah’ kepada anak-anak kecil.

           
           

No comments:

Post a Comment