snow

Thursday, 22 December 2016

PENGENALAN

Dewasa kini penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) begitu meluas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Penggunaan ICT dapat meningkatkan prestasi dan kecekapan operasi, menjadikan sumber maklumat diuruskan dengan lebih sistematik dan pantas serta merupkan alat yang strategik untuk mencapai sesuatu objektif .Ia merupkan automasi untuk pembangunan dan kemajuan sesebuah organisasi dalam menggarap rangkaian dan perhubungan yang lebih meluas.ICT merupakan satu agenda utama dalam pembangunan dan kemajuan masa kini.
Penggunaan ICT secara optimum memberi kesan kepada perubahan atau transformasi sesebuah organisasi, malah akan mempengaruhi halatuju pembangunan serta peningkatan keberkesanan organisasi. Perkembangan ICT membolehkan maklumat diperolehi dalam masa yang singkat dan dalam jumlah yang banyak. Melalui capaian maklumat menerusi internet, maklumat boleh diperolehi dengan mudah dan cepat serta tanpa sempadan. Di akhir abad ke-20 dan di awal abad ke-21, globalisasi berlaku dalam hampir semua bidang seperti perdagangan, perlancongan, perindustrian dan pendidikan.
 Perkembangan ICT merupakan salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya globalisasi. Pengurusan yang diamalkan dalam sesebuah organisasi turut mengalami perubahan. Perubahan ini disebabkan oleh peningkatan taraf ekonomi hasil daripada aplikasi peralatan moden yang menggunakan teknologi yang semakin canggih dari semasa ke semasa. Pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan. 
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon mudah alih, fax, telegram, dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. ICT juga merupakan satu agenda utama dalam pembangunan dan kemajuan masa kini. Penggunaan ICT secara optimum memberi kesan kepada perubahan atau tranformasi sesebuah organisasi, malah akan mempengaruhi halatuju pembangunan serta peningkatan keberkesanan organisasi. 

No comments:

Post a Comment