ISU DAN CABARAN
PENGGUNAAN TEKNOLOGI (ICT)
ISU
PEMALSUAN ATAU CETAK ROMPAK
Isu cetak rompak di
Malaysia bukanlah masalah baru di negara ini, masalah kegiatan haram ini telah
berlaku sejak sekian lamanya. Jika ditinjau dari sudut pengertiannya, cetak rompak
ialah satu pencabulan hak cipta yang bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi
oleh undang-undang hak cipta tanpa izin, iaitu mencabuli salah satu
hak eksklusif pemilik hakcipta asli, seperti hak untuk mengeluarkan semula atau
menjalankan karya yang dihakcipta, atau menghasilkan karya derivatif yang
berasaskan karya yang dihakcipta itu. Jika ditinjau dalam situasi yang berlaku
di Malaysia ini, kegiatan cetak rompak pada mulanya bermula sebagai sebuah
industri ‘belakang rumah’ yang bermaksud aktiviti perniagaan yang dijalankan
secara kecil-kecilan dan tersembunyi.
Selepas itu,
kegiatan ini telah berkembang menjadi sebuah sindiket jenayah terancang yang
didalangi oleh kumpulan berpengaruh dari dalam dan luar negara.Menurut bekas
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, mengatakan bahawa
masalah kegiatan cetak rompak ini sukar diatasi kerana ia melibatkan hubungan
rangkaian jenayah terancang antarabangsa. Antara jenis-jenis cetak rompak yang boleh didapati di negara ini adalah seperti cetak rompak DVD,VCD.CD.Bahan seperti ini
mudah sekali dicetak rompak kerana pengusaha aktiviti haram ini hanya
memerlukan mesin pencetak dan CD-R (compact disc-Rom) yang kosong dan
murah. Bahan cetak rompak juga boleh didapati dengan mudah melalui rangkaian
internet, terdapat sesetengah agensi ataupun orang perseorangan yang
menyediakan perkhidmatan muat turun (download) video dan muzik yang
diambil tanpa pengetahuan syarikat penerbitan asal terlebih dahulu.
Selain itu, cetak rompak perisian (software)
juga merupakan salah satu jenis cetak rompak yang terdapat di
Malaysia. Salah satu punca utama yang menyebabkan masalah ini masih
berleluasa di negara ini ialah harga produk atau barang cetak rompak yang jauh lebih murah daripada barangan
tulen. Lazimnya barangan
cetak rompak seperti VCD, CD, perisian komputer dan sebagainya dijual dengan
harga yang lebih murah kerana mereka yang terlibat dalam pengeluaran barangan
ini hanya memerlukan kos yang rendah dan tidak perlu membayar bayaran royalti
kepada pengeluar asal barangan tersebut. Fenomena cetak rompak seperti ini
dapat memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk membelinya
dengan murah.Teknologi yang canggih juga
mendorong kepada penularan kegiatan ini dalam masyarakat di negara ini. Dengan
adanya teknologi yang canggih ini, pihak yang terlibat dalam barangan cetak
rompak dapat menghasilkan produk tiruan yang serupa dengan produk yang asal.
Mesin pencetak CD dan VCD dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengeluarkan CD dan VCD
cetak rompak. Dengan adanya teknologi komputer, perisian-perisian program
komputer tertentu dapat dicetak rompak dan seterusnya dijual kepada pengguna
komputer yang memerlukan perisian tersebut dengan harga yang lebih murah.
Penyalahgunaan teknologi komputer juga dapat
dilihat melalui pengunaan rangkaian internet yang dijadikan sebagai medium
penyebaran produk cetak rompak. Sebagai contohnya pengguna tidak perlu membeli
filem atau album artis yang asli di pasaran tetapi hanya perlu memuat turun
benda-benda yang dicetak rompak tersebut daripada internet sahaja. Kesan
daripada kegiatan cetak rompak ini antaranya, akan menyebabkan ekonomi negara
merosot. Hal ini kerana
pendapatan negara menjadi berkurang kerana cukai yang dihasilkan daripada
industri pengeluaran yang berasaskan percetakan ini tidak dapat dijana
sepenuhnya. Pengeluar yang menghasilkan industri percetakan yang sah ini
mengalami kerugian disebabkan produk dan barangan asli yang dikeluarkan mengalami
kemerosotan dari segi jualan syarikat. Kegiatan cetak rompak yang berleluasa di
negara ini juga menyebabkan
nama baik negara tercemar.
Selain itu juga,kegiatan cetak rompak ini juga boleh membawa kepada jenayah-jenayah lain.Sebagai contohnya,pertelingkahan antara pengusaha cetak rompak yang berebut hak mengeluarkan barangan cetak rompak dan berebut kawasan penjualan barangan cetak rompak mereka.Terdapat pelbagai langkah untuk mengatasi masalah kegiatan cetak rompak ini sebenarnya.Salah satu langkah yang boleh dijalankan ialah dengan menjalankan dasar memboikot barangan cetak rompak.Kita sedia maklum bahawa para pengguna mempunyai kuasa pembelian dalam sesebuah ekonomi negara.Oleh itu masalah kegiatan cetak rompak yang hingga mewujudkan perlambakan barangan cetak rompak di pasaran ini tidak mungkin akan berlaku jika permintaan daripada para pengguna tidak wujud.Usaha memboikot daripada para pengguna salah satunya dapat membendung masalah cetak rompak ini.Langkah seperti menjalankan harga kawalan maksima terhadap barangna asli juga dapat membnedung masalah ini.Harga kawalan maksima yang dimaksudkan disini ialah penetapan harga maksimum oleh badan-badan tertentu bagi menetapkan sesuatu barangna asli seperti VCD dan DVD yng difikirkan berpatutan untuk dibeli oleh para pengguna.Selain itu,penguatkuasaan undang-undang secara tegas juga perlu dijalankan bagi mengatasi kegiatan cetak rompak ini.Setakat ini beberapa akta dan undang-undang telah digubal bagi mengatasi masalah-masalah berkaitan cetak rompak.Antara akta-akta yang diperkenalkan tersebut ialah Akta Hak Cipta 1987,Akta Perihal 1972 dan Akta Cakera Optik 2000.
No comments:
Post a Comment