KEBAIKAN DAN
KEBURUKAN
KEBAIKAN
TERHADAP DIRI
Teknologi
maklumat atau lebih dikenali ICT, mempunyai banyak kebaikan dan ini adalah kebaikan
terhadap diri. Di mana, teknologi
telah berjaya memudahkan pelbagai kerja seharian kita. Kemajuan teknologi juga
telah memudahkan kerja di pejabat, seperti adanya mesin fotostat yang telah
memudahkan pekerja untuk membuat salinan sesuatu dokumen. Disamping itu
penggunaan aplikasi seperti Microsoft Word, Excell dan lain–lain telah
memudahkan pekerja di pejabat untuk membuat laporan, menaip surat-menyurat dan
sebagainya. Selain itu, perkembangan teknologi juga
telah dapat menjimatkan masa dan perkembangan pesat teknologi seperti
pengangkutan telah menjimatkan masa perjalananan dari satu destinasi ke
destinasi yang lain seperti penggunaan LRT dan komuter menjadi pilihan warga
kota untuk pergi dan balik dari kerja .
Teknologi
juga telah banyak membantu para petani dalam mempercepatkan proses pembajakan
tanah. Penggunaan alat pembajak seperti traktor telah banyak menjimatkan masa
para petani. Disamping itu, kecanggihan teknologi masa kini telah memberi
banyak kemudahan komunikasi kepada seluruh masyarakat di dunia. Ianya amat
mudah, hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype, Yahoo
Messenger, Email dan sebagainya.
Penyaluran
maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke seluruh dunia. Jika dahulu, surat
khabar, telefon dan televisyen merupakan antara media massa yang paling penting
dalam menyalurkan maklumat. Kini dengan perkembagan teknologi dalam komunikasi
telah mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih
pantas. Kemudahan komukasi ini banyak membantu kita untuk berhubungan dengan
masyarakat di seluruh pelusuk dunia di samping memudahkan kaum keluarga untuk
berhubung sesama mereka.
KEBAIKAN
TERHADAP NEGARA
ICT
juga menjadi penyumbang penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan
negara. Kes jenayah yang semakin berleluasa di negara Malaysia dapat diatasi
dengan bantuan ICT. Televisyen litar tertutup (CCTV) banyak digunakan dan
ditempatkan di kawasan-kawasan seperti bank, kasino, lapangan terbang,
pangkalan terbang, dan pasar-pasar raya. CCTV ini digunakan untuk mengawas
keselamatan sesuatu tempat yang tertentu sahaja. Di samping itu, kegiatan
jenayah yang berlaku dapat dikesan dan seterusnya memberkas penjenayah yang
terbabit.
Bertitik
tolak dari itu, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada
kemajuan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT). Langkah kerajaan melancarkan Koridor Raya
Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudah tiba masanya untuk
negara Malaysia berjaya di peringkat kebangsaan mahupun serantau. MSC memainkan
peranan penting untuk menjadi pemangkin kemajuan ICT di Malaysia. Untuk
menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira pihak kerajaan ataupun pihak
swasta, perlulah berganding bahu bersama-sama rakyat bagai aur dengan
tebing, sehati seia untuk melonjakkan nama negara Malaysia ke pentas
dunia.
KEBAIKAN
TERHADAP MASYARAKAT
Terdapat
beberapa kebaikan terhadap masyarakat dalam penggunaan teknologi ICT.Antaranya,
boleh berhubung antara satu sama lain di seluruh pelosok dunia. Selain itu,
dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain dan ia menjimatkan masa.
Seterusnya, ia membantu masyarakat dalam mendapatkan maklumat dengan lengkap
dan cepat. Disebabkan penggunaan teknologi yang semakin meluas, masyarakat
lebih terdedah kepada dunia luar dan mengambil tahu keadaan sekeliling.
Pengetahuan tentang ekonomi membantu para peramal untuk meramal dan mudah bagi
mereka mengkaji segalanya.
KEBURUKAN
TERHADAP DIRI
Terdapat
beberapa kesan negatif perkembangan teknologi maklumat (ICT).
Antaranya, banyak menbuang masa. Keseronokan melayari laman-laman sosial
seperti Facebook, Twitter, dan bermain permainan maya secara atas
talian menyebabkan seseorang menghabiskan banyak waktu. Kesan yang paling
ketara adalah terhadap pelajar yang menghabiskan waktu mereka melayari internet
sehingga mengabaikan kerja sekolah dan waktu belajar. Produktiviti seseorang
pekerja juga akan merosot jika terlalu leka melayari internet.
Di
samping itu, ICT juga mendatangkan kesan negatif dalam berlakunya jenayah
siber. Semakin maju teknologi maklumat (ICT) semakin meningkat jenayah siber
yang berlaku. Jenayah siber yang dimaksudkan adalah seperti penipuan secara
atas talian, berlaku traksaksi palsu, buli siber, dan sebagainya. Kelicikan
penjenayah siber ini adakalanya mampu menggodam sistem pertahanan negara dan
rahsia-rahsia kerajaan yang boleh mendedahkan sesebuah negara kepada ancaman
anasir luar. Penipuan jual beli dalam talian juga membawa kerugian yang besar
kepada pembeli atau penjual.
KEBURUKAN
TERHADAP NEGARA
Rakyat
Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara
atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga
dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan
dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan
dapat disalurkan agar rakyat dapat membuat keputusan yang rasional dalam
kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah
jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada
penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin
politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet.Teknologi maklumat
juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan
generasi muda. Gambar dan bahan pornografi mengisi kebanyakan daripada ruang
maya dalam internet. Remaja yang mendahagai pengetahuan seks dijadikan sasaran
utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini yang
bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing ingin mengaut keuntungan besar dengan memberikan
perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00
sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat bagai belut diketil
ekor dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan.
Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan keadaan lagi. Kafe-kafe
ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam
kalangan remaja dan belia. Sesungguhnya, teknologi maklumat sememangnya
menyebarkan unsur-unsur lucah dan meningkatkan kebejatan akhlak remaja kita.
KEBURUKAN
TERHADAP MASYARAKAT
Terdapat
beberapa kesan negatif terhadap penggunaan teknologi maklumat ICT. Antaranya,
melalaikan masyarakat pada masa kini. Misalnya, penggunaan media social
menyebabkan masyarakat menjadi lalai dan tidak bertanggungjawab dalam
melaksanakan kerja atau tugasan yang diberikan. Salah satunya laman social yang
kerap dilayari oleh mayarakat adalah facebook, Twitter, Instagram dan
lain-lain. Selain itu, penyebaran fitnah berleluasa. Sebagai contoh, penyebaran
melalui media social dan masyarakat kerap berkongsi tanpa mengambil tahu dan
mengkaji terlebih dahulu akan sesuatu perkara yang disebar. Seterusnya,
pencerobohan masuk sistem organisasi seperti maklumat sulit negara dan akaun
bank serta system pertahanan akan mengancam keselamatan negara. Pencerobohan
tersebut akan menyebabkan keselamatan negara dalam keadaan bahaya kerana
maklumat sulit tidak boleh disebar seperi Facebook.